Kisah Jendral Thailand Yang Aktif Dakwah Ilallah

Suatu hari, seorang ketua tentera kerajaan Thailand yang bertugas di wilayah Selatan datang berjumpa Hj Abdul Rahman Patalong dan berkata, "Saya mahu bincang dengan tuan sesuatu ... "

"Nak bincang boleh. Tapi saya nak kena cepat gi jord kat Yala." Haji Abdul Rahman diputuskan untuk menyampaikan bayan di Yala.

"Kalau camtu, saya nak ikut gi sekali," kata Jeneral Phek yang beragama Buddha itu. Phek (kambing) adalah gelaran untuknya kerana beliau menyukai kambing.

"Nak ikut boleh, tapi tak boleh pakai camni." Ketika itu Jeneral Phek lengkap berpakaian seragam.
Haji kemudian membawa beliau ke tapak ijtimak. Sebelum masuk, Haji membelikan sepasang kurta untuk Jeneral Phek.
Setelah menukar pakaiannya, maka, beliau pun tanya apa yang beliau nak buat? Sebab waktu tu dah masuk waktu solat.
Haji Abdul Rahman pun kata, "Kalau dah pakai macam ni, kalau tak masuk sembahyang kat dalam masjid, nanti pelik pula orang tengok."

"Abistu saya nak buat camana?" Jeneral Phek tidak tahu sembahyang. Wudhuk pun tak pandai.
"Tuan masuklah sembahyang sekali. Pergi basahkan apa yang patut."

Beliau pun pergi ke tempat wuduk dan tiru-tiru orang Islam kat situ ambil wuduk. Kemudian masuk ke masjid dan bersolat sekali.
Kemudian, beliau pun duduk di dalam majlis bayan. Berbetulan waktu itu, Haji Abdul Rahman yang menyampaikan bayan.
Bayannya berkisar mengenai ekonomi Islam, akhlak Islam dan lain-lain. Tak ada sentuh bab-bab yang sensitif. Siapa yang pernah dengar bayan Haji Abdul Rahman tentunya tahu stail beliau bayan.

Selepas bayan, Jeneral Phek berjumpa Haji dan berkata yang beliau menyukai dakwah Islam. Lalu, beliau menyatakan keinginannya untuk membantu orang Islam.

"Kalau tuan nak bantu orang Islam, tuan kenalah peluk Islam dulu. Baru tuan faham perasaan orang Islam," kata Haji.
Jeneral Phek meminta masa agar dapat berfikir dahulu. Setelah pertemuan dengan Haji, beliau pun balik dan berfikir. Pada malam itu, lebih kurang jam 1.00, beliau menelefon Haji Abdul Rahman untuk menyatakan hasratnya memeluk Islam. Maka, pada malam itu juga beliau memeluk Islam.

Kisah ini berlaku antara lima - enam tahun lepas (2009-2010).
Sejak keIslaman beliau, Jeneral Phek sering menghubungkan dirinya dengan markaz Yala. Beliau juga keluar tiga hari belajar-belajar usaha agama.

Sejak beliau memeluk Islam juga, beliau tidak lagi memakai uniform datang ke pejabat. Sebaliknya beliau memakai kurtah dan jubah!

Atas kuasa sebagai ketua tentera yang ada padanya, beliau telah memberi jaminan keselamatan kepada gerakan dakwah Islam di Thailand sedangkan sejak lebih 10 tahun lalu, Selatan Thailand seringkali berhadapan dengan peristiwa pengeboman.
Kawalan tentera agak ketat di beberapa tempat kerana wilayah ini sering diancam pengganas. Namun, gerakan dakwah dan tabligh boleh berjalan secara meluas tanpa sebarang sekatan daripada kerajaan.

Salah satu asbabnya ialah jaminan yang diberikan oleh Jeneral Phek yang memakai nama baharu "Muhamad Amin bin Abdullah."
Sejak kebelakangan ini, hampir semua kem tentera di Selatan Thailand mempunyai masjid di dalamnya.
Jeneral Phek juga pernah menjemput Habib Umar ke kemnya untuk menyampaikan dakwahnya.

Begitu juga dengan ulama lain yang sering dijemput ke kem tentera.

Baru-baru ini, Jeneral Phek mengadakan majlis doa selamat sempena pemergian beliau ke Tanah Suci. Masya-Allah!

  • Insha allah semua niat keluar di jalan Allah??
  • Insha allah semua niat memakmurkan masjid???
  • InsyaAllah semua yang baca bersedia mengajak saudara muslim untuk aktif shalat berjamaah???
  • InsyaAllah!!!
Subhanllahiwabihamdihi Subhanakallahumma Wabihamdika Astagfirukallahuwataubuilaik

LABEL MASTUROH dan JAMAAH TABLIGH

kisah jamaah masturoh, muzakarah masturoh, tujuan masturoh dikeluarkan, hukum masturoh, masturoh photo, program masturoh, arti masturoh dalam islam

ARTIKEL TERKAIT